Kebaikan Susu Enfalac 0-12 Bulan

Untuk para ibu bapa yang tidak ada pengalaman dengan pembelian susu untuk bayi anda, anda pasti keliru dengan harga Enfalac yang berbeza-beza di Malaysia. 

Untuk para ibu bapa yang kali pertama membeli susu bayi, anda mungkin keliru dengan perkataan seperti 'Langkah 1' dan 'Langkah 2':
  • Susu Enfalac 'Langkah 1' (Step 1): Susu bayi ini sesuai untuk bayi yang berusia sejak lahir hingga umur 12 bulan.
  • Susu Enfalac 'Langkah 2' (Step 2): Susu bayi ini sesuai untuk bayi yang berusia lebih daripada 6 bulan hingga 18 bulan.
  • Susu 'Langkah 3' (Step 3): Susu bayi ini sesuai untuk bayi yang berusia daripada 1 tahun ke atas.
Kami telah membuat kajian online untuk membantu anda. Jadi, ini adalah senarai harga Enfalac di Malaysia untuk anda jadikan panduan dan pilihan.

Susu Jenama Enfalac di Malaysia

Enfalac merupakan satu daripada jenama susu bayi yang paling popular di Malaysia. Jika anda membuat carian "Google', anda mungkin terserempak dengan jenama 'Mead Johnson's Enfamil' di negara-negara lain. Enfamil adalah nama baru untuk Enfalac tetapi di Malaysia, mereka masih mengekal nama jenama Enfalac untuk mengurangkan kekeliruan.

Enfalac, Enfagrow, Enfamil dan Sustagen adalah jenama-jenama susu yang dimiliki syarikat Mead Johnson. 

Jenama Enfalac / Enfamil mempunyai lebih daripada 2,000 review dan merupakan satu daripada jenama susu bayi yang terlaris di pasaran e-dagang yang terbesar di Amerika Syarikat, Amazon.com. 

Jenama susu Enfalac ini diedar oleh Enfagrow di Malaysia. 

Harga Susu Enfalac

Susu Enfalac A+ 0-6 bulan dan 0-12 bulan Malaysia

Enfalac A+ Step 1 kaya dengan DHA + ARA direka khas untuk kegunaan bayi sejak lahir hingga usia anak tersebut mencecah 12 bulan. Kebaikan susu Enfalac ini ialah ia mengandungi DHA dan ARA yang boleh menyumbang kepada perkembangan bayi kita semoga lebih sihat dan semestinya lebih comel. Jika anda sedang mencari susu formula bayi yang bagus untuk perkembangan otak, rumusan DHA & ARA yang terkandung di dalam susu ini memang diperlukan oleh simanja kita.

Rumusannya juga mengandungi kanji beras bagi membantu anak yang sering memuntahkan kembali apa yang diminumnya. Kandungan kanji beras dalam susu ini menjadikannya lebih pekat supaya mengurangkan risiko anak kita muntah dengan kerap. 

Susu ini di rumus dengan gabungan rumusan prebiotik GOS dan PDX yang dipatenkan di AS, Eropah, Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Pernah terjadi sebelum ini dan dilaporkan di dalam dada akhbar akan berita susu enfalac tiruan. Jadi, hati hati ya semasa nak beli susu ni. Pastikan susu yang anda beli asli.

Harga Susu Enfalac A+ 0-12 bulan di Malaysia

Harga Enfalac A+ bergantung kepada saiz kandungan dan harga mungkin berbeza sedikit dari penjual yang berbeza.

1. Enfalac A+ Step 1 (200 g) > Shopee (stok ada, yanchangtrading, RM 23)

2. Enfalac A+ Step 1 (200 g) > Shopee (stok ada, jess3611, RM 25)

3. Enfalac A+ Step 1 (600 g) > Lazada (kehabisan stok) | Shopee (stok ada, babyfirst88, RM 72.80)

4. Enfalac A+ Step 1 (1.8 kg) > Shopee (stok ada, babyfirst88, RM 209.90)

5. Enfalac A+ Step 1 (1.8 kg) > Shopee (stok ada, honeybearshop, RM 213.80)

6. Enfalac A+ Step 1 (2.4 kg) > Shopee (stok ada, babyfirst88, RM 266.90)

7. Enfalac A+ Step 1 (2.4 kg) > Shopee (stok ada, honeybearshop, RM 273)

Enfalac jenis Gentlease sesuai untuk bayi yang mempunyai perut yang sensitif. Enfalac Gentlease mempunyai protein yang senang dihadam.

8. Enfalac A+ Gentlease 0 - 12 months (1.7 kg)  > Lazada (kehabisan stok) | Shopee (stok ada)

Enfalac A+ Review di Malaysia: Di Malaysia, jenama Enfalac mempunyai lebih daripada 900 penilaian pelanggan (4.9/5) di Lazada Malaysia.

Beza Enfalac dan Enfalac A - Soalan Lazim Enfalac

Sila ambil perhatian bahwa ada perbezaan antara susu "Enfalac" biasa dan "Enfalac A+". 

Kelebihan Enfalac A+ ialah ia mempunyai DHA, kanji beras dan rumusan prebiotik (GOS dan polydextrose).

Enfalac biasa (tanpa A+) tidak mempunyai DHA, GOS and polydextrose.


Berkaitan: 

Comments

Popular posts from this blog

Hospital Maternity and Delivery Rates in Malaysia 2023

Stage 1 vs Stage 2 vs Stage 3 Formula Milk and When Babies Can Start Eating Food in Singapore

Top Recommended Gynaecologists in Singapore 2022